CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 29 Oktober 2012

Indahnya seorang teman

Mungkin Allah telah tetapkan untuk saya bertemu dengan seorang insan, walaupun usia perkenalan yg sungguh singkat namun berjaya menjadi sebuah perhubungan yang akrab. 

Mungkin Allah telah tetapkan saya punyai seorang sahabat dalam masa yang singkat, untuk menjadi sahabat tidak perlu mengambil masa bertahun-tahun untuk mengenali tapi cukup hanya dalam satu hari.

Mungkin Allah telah tetapkan awak untuk menjadi penghibur dikala hati lara dibadai seribu musibah, dikala fikiran kusut dibawa arus erti kehidupan.

Kini telah saya temui insan yang mampu untuk berada disamping, tahkala diri diuji hebat oleh dugaan yang melanda,, seorang insan yang penuh kesungguhan, seorang yang penuh keazaman, seorang insan yang sentiasa berusaha untuk menjadi sahabat yang terbaik, walaupun diri ini tahu,, dirinya hebat diuji oleh Mu Ya Allah :)

0 comments:

Catat Ulasan