Dengan nama Allah yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah
kebahagiaan antara kami… Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi… Maka
jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah… Seandainya telah
Engkau takdirkan Dia bukan milikku… Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku… Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah
ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan… Menolak bayangannya jauh ke dada langit… Hilang
bersama senja yang merah… Agarku sentiasa tenang… Walaupun tanpa bersama
dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah
Engkau takdirkan Adalah yang terbaik untukku… Sesungguhnya Engkau Maha
Mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang
menjadi pemeliharaku… Di dunia dan akhirat… Dengarkanlah rintihan daripada
hamba-Mu yang daif ini… Jangan Engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini
mahupun di akhirat… Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran… Maka
kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Agar aku dan dia sama-sama
dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… Dan
kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di
dunia dan akhirat… Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.