CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 31 Ogos 2012

Diet Cara Rasullullah

Kesihatan adalah nikmat ke-2 selepas nikmat iman. Apabila kita sakit baru kita tahu mahalnya nikmat tersebut. Sebenarnya Islam lebih 'advance' dalam membicarakan hal ehwal kesihatan.

Rasullulah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya .Ikut diet Rasullullah ini. InsyaAllah kita tidak akan sakit perut atau keracunan makanan..


Kredit to Medik TV

Wanita vs Hijab



#Wanita.. Jangan terlalu bangga apabila ramai lelaki meminati untuk mendekati anda. Kerana barang murah ramai pembeli  |

Ketika kita membeli coklat, pasti ia masih tertutup rapat tanpa ada satu bahagian pun yang terbuka. Setelah dibeli kita akan membuka bungkusnya dan memakannya, jika dibiarkan terbuka, coklat akan dihurung lalat dan coklat akan menjadi kotor kerana dihinggapi lalat.

Islam Agama Ku


Khamis, 30 Ogos 2012

ALLAH Lebih Tahu


‎"Ketika kita menilai dan menghukum orang lain, pernahkah terlintas pada fikiran kita bahawa kita sedang dinilai dan dihukum oleh ALLAH? Berhentilah menilai dan menghukum orang lain, selama kita belum tahu apakah penilaian dan hukuman ALLAH pada kita"

Kisah Kita

Perkenalan yang terjalin antara kita pernah menjadi memori terindah buat saya,, mungkin tanpa awak sedar kemesraan yang awk tunjuk pada saya telah buatkan saya begitu takut untuk kehilangan awak,, mungkin saya terlalu mengikut perasaan yang ingin menyintai dan ingin dicintai,,

Walaupun kita berkenalan tidak hampir sebulan namun rasa sayang dalam hati ini makin kuat dan menebal,, tiap hari hanya awak yang bermain dalam minda sya,, hanya awak yang bisa buat saya tersenyum,, awak tunjukkan minat awak terhadap saya, awak ambil berat tentang saya,, awak tak pernah jemu terima panggilan saya,, awak selalu text saya,,

Namun hubungan yang tercipta tidak seindah yang di sangka,, ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari,, awak entah badai tsunami mana yang bisa runtuhkan rasa sayang kita,,

Awak maafkan saya kerna terlanjur menyintai awak,, kerna terlalu menghadiahkan perasaan sayang ini pada awak,, kiranya awak terbaca nukilan saya,, sejujurnya perasaan ini masih kuat untuk awak..

Miss u _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ !!!

Fantasi Cinta


Ingatlah, apa yang difikirkan tentang cinta, jika hanya berbentuk indah semata-mata, maka itu jelas sekali bukan cinta.. Itu hanya fantasi dan untuk seronok semata-mata.. Jika kita hanya ada itu, fikirkan dan pertimbangkan semula untuk mendirikan rumahtangga jika kita masih muda.. Tiliklah cinta dari kacamata pasangan yang sudah berusia.. Yang penting, biarlah rasa cinta itu dilapik dengan keimanan dan taqwa.. 

Rahsia ALLAH


~✿ Bila belum sedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ... ✿~

Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

Kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

>>> Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah... (✿◠‿◠)

Terima Kasih Ya ALLAH


:: Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.. ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..

:: Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa.. ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..

:: Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil.. ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..

::Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman.. ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.. 

Hidup ini indah jika bersama ALLAH

Cinta Ini Milik ALLAH


....Mencintai kerana Allah bukanlah semudah yang kau bayangkan kawan.....

•❤• Cinta kerana Allah adalah cinta yang penuh pengorbanan. Bersabar dalam penantian.. Berkorban demi menjaga kesucian..

•❤• Cinta kerana Allah adalah cinta yang diraih pada jalan yang diredhaiNya untuk mengharap redhaNya pula. Bukan Cinta kerana Allah namanya jika kita telah membuatNya cemburu kerana menjalin hubungan d...alam ikatan yang belum dihalalkan.

•❤• Bukan cinta kerana Allah namanya andai kita tidak mampu mengalahkan nafsu tak sabar ingin mendekatinya padahal kita belum bersedia menikahinya. Bagaimana Allah tidak cemburu jika kita lebih banyak mengingatinya daripada mengingat-Nya..

Kasih Sayang ALLAH


kita MINTA MAAF , kita ULANG BALIK kesalahan kita..
dan kita minta maaf lagi, Lama-lama orang SAKIT HATI dengan kita~

bila dengan ALLAH , kita buat salah dan kita BERTAUBAT
kita ulang-ulang buat kesalahan, ALLAH masih TERIMA taubat kita :)

Betapa ALLAH SAYANG kita, kita yg selalu TERLUPA akan hakikat tersebut..
KASIH SAYANG Allah melebihi MURKANYA..moga kita diberi PELUANG
Kembali kepadaNYA Dalam keadaan DIA Redhakan..InsyaAllah []

Indahnya


Orang yang sentiasa bertaubat dari dosanya ialah
seperti orang yang tiada berdosa lagi...
Orang yang berilmu itu akan sentiasa berhati-hati, dan jika
ia tersalah langkah ia cepat-cepat bertaubat kepada Allah
dan memohon perlindungaNnya. Ia sentiasa membersihkan
hati dan jiwanya daripada Kelalaian dan Kealpaan...

Kunci Kisah Kita


Awak, ingat lagi kata KUNCI kita berdua?
Kata kunci hati kita berdua.
Awak INGAT lagi?

Masa kita mula-mula kenal, awak cuma nampak permukaan jiwa saya..
Masa mula-mula kita kawan, awak cuma nampak luaran hati saya..
Tapi awak terima dan awak mula tamak..

Awak berdiri di luar hati saya..
Awak ketuk perlahan-lahan..
Awak datang setiap masa, setiap hari..
Awak tanya, BILA agaknya awak dapat masuk ke pintunya..

Awak datang setiap hari sehingga saya kehilangan diri.
Awak marah saya - awak kata saya menyelinap masuk ke dalam hati awak tanpa perlu USAHA..
Saya termangu - saya dalam hati awak, jiwa awak?
Awak merayu - berikan awak kunci, kata laluan atau apa sahaja agar awak BOLEH masuk ke dalam..

Saya berikan awak kata LALUAN..
Awak buka dengan perlahan..
Awak mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ..
Awak baca setiap HELAIAN manuskrip dalam hati saya..
Lembaran demi lembaran awak baca..

Awak, bila tiba halaman yang sukar untuk DIFAHAMI, mengapa awak BERDIAM DIRI?
Mengapa awak tidak mahu LEBIH MENGERTI?
Mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya, tuan punya diri?

Awak, hati yang awak masuki adalah hati saya..
Kamus yang awak perlukan adalah saya..
Awak, adakah awak masih mahu MEMBACANYA LAGI?
Atau mahu BERPALING PERGI?

Rabu, 29 Ogos 2012

Nurul Fathiah Athirah Hassan a.k.a Mak Jemah

Dalam kita bersendirian,

Kita beruntung kerana

MEMPUNYAI SEORANG SAHABAT YANG MEMAHAMI KITA…

sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan,

dan kejujuran seorang sahabat…

begitulah jua dia,

tapi kita sering terlupa akan hal itu,

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita,

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janji,

Kita tidak memberi dia peluang,

Untuk menerangkan keadaannya,

Bagi kita,itu alasannya utk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,

kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati,

Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita,

Waktu itu terfikirkah kita tentang perasaannya?..

Seperti kita…

Dia juga tahu rasa kecewa..tetapi kita sering terlupa,

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang memahami,

Yang selalu berada di sisi,

Pada waktu kita memerlukannya,

Dia mendengar luahan perasaan kita,

Segala rasa kecewa dan ketakutan,

Harapan dan impian juga kita luahkan,

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah,

Selalunya kita asyik menceritakan tentang diri kita,

Hingga kadang-kadang kita terlupa,

Sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi,

Bersama kita.

Pernahkah kita memberi peluang kepadanya

Untuk menceritakan kebimbangan dan rasa takutnya,

Pernahkah menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat .

Setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan bahawa kita boleh dipercayai?

Kita boleh dijadikan tempat utk bersandar,

bila terasa lemah agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia menyandar harapan?

Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang bercerita…

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat,

Kerana dia juga seorang manusia?

Dia juga ada rasa takut ,ada rasa bimbang,sedih dan kecewa,

Dia juga ada kelemahan,dan memerlukan seorang sahabat.

Sebagai kekuatan,jadilah kita sahabatnya itu,

Kita selalu melihat dia ketawa,

Tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang dia sangka,

Disebalik senyumannya,

Mungkin byk cerita sedih yang ingin diluahkan,

Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan,

Kita tidak tahu,

Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,

Mungkin kita akan tahu


RENUNGILAH…

Hargailah sebuah persahabatan kerana...

disebaliknya tersimpul segala-galanya,

Satu-satunya cara utk kita memperolehi kasih sayang,

Ialah JANGAN MENUNTUT agar kita DICINTAI,

Tetapi mulailah memberi kasih sayang,

Kepada org lain tanpa MENGHARAPKAN BALASAN,

ORANG YANG MENUNJUKKAN KEBAIKAN ADALAH

SAHABAT YANG BAIK,

DAN ORANG YANG MENUNJUKKAN KESALAHAN ,

ADALAH SAHABAT PALING BAIK,

Jika kamu tak mahu kehilangan insan yang menyayangimu,

Dengan kekecewaan,

Hargailah kehadirannya dengan keberkatan dan kasih sayang…(~__^)


Mengapa Aku

Mengapa aku yang Engkau uji Ya Allah,,
Layakkah aku untuk menerima ujian dari Mu,,
Insan yang serba kekurangan,,
Insan yang bergitu cetek dengan ilmu agama suci Mu,,
Ku tahu setiap bebanan yang Engkau berikan begitu besar nilainya,,
Ku tahu setiap ujian yang Engkau hujankan pada ku tanda hati Mu rindu,,
Rindu mendengar rintihan doa pada Mu,,
Rindu mendengar suara memuji nama Mu,,
Begitu kerdilnya aku pada Mu Allah,,
Begitu hinanya aku di hadapan Mu Allah,,
Namun tidak pernah Kau berhenti dari menjaga ku,,
Namun tidak pernah Kau terlena memerhati gerak tingkah ku,,
Hanya pada Mu aku memuji,,
Hanya pada Mu aku meminta,,
Sesungguhnya aku redha dengan apa yang telah Engkau anugerahkan pada ku,,
Aku sungguh bertuah kerna Engkau selalu rindukan tangisan taubat dari hamba Mu ini : (

W.A.N.I.T.A


LONELINESS


# LOVE is strange,, it is intangible,, but it feels like it pierces even if we push it away,, and finally i surrender to this overwhelming feeling,, but what if feeling stops,, what if the feeling leaves me,, will i be strong,, can i live in a life of LONELINESS ::::::

Redha Allah


~..Biarkan aku BELAJAR cinta sejatiNya terlebih dahulu..hingga saatnya tiba nanti, aku tidak salah dan ragu MENCINTAIMU..dan aku sudah MAMPU mencintaimu bukan keranamu tetapi KERANANYA..~

>>> Semoga aku adalah salah satu PEMILIK dari hati-hati yang DIJAGA
Allah..(✿◠‿◠)

Pemilik Rusuk Ku


~✿ Bila LIHAT langit, hatiku berbicara :
"Allah, Kau sedang PANDANG akukan? dengan KASIH SAYANG, kan?"

...dan aku akan menangis lagi..

Ya Allah, LAMARLAH hatiku dengan cintaMu..agar aku dapat terus BERPAUT dalam redhaMu..♥♥




Segalanya Yang Terindah Buat Kita


‎~..Bila mata tidak mampu BERTEMU MATA, melihat resahnya jiwa..bila SUARA tidak mampu singgah ke telinga, membisikkan kata-kata SEMANGAT..namun INGATAN bertandang mengusik rasa..tertanya-tanya, apa KHABARMU di sana..kutitipkan DOA padaNYA, semoga kamu BAIK-BAIK di sana..~

>>> Walau jauh menyisih, tetap jua TERPATRI di hati..di dalam hati ada CINTA, di dalam cinta ada "dia"..dua BENUA pasti dapat DISATUKAN dengan JANJI Allah, insyaAllah..(✿◠‿◠)

Syurga Milik Kita | ♥ | ♥ |

 ... Tak semestinya jodoh kita dengan orang yang dah lama kita kawan tapi mungkin jodoh kita dengan orang yang kita baru kenal.. 

Semuanya Allah Taala yang tentukan ...


Bidadari Syurga Allah

SEORANG GADIS yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang BUKAN MAHRAMNYA, cukuplah dengan itu HILANG HARGA DIRINYA di hadapan Allah..

p/s : Wahai wanita, ku INGATKAN diriku dan dirimu..PELIHARALAH DIRI dan JAGALAH KESUCIAN..semoga REDHA Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup kita ini..♥♥

:: MUSLIMAH SOLEHAH yang terindah, dirimu bakal menjadi BIDADARI SYURGA :: 

Semoga Kau Mengerti


Hilang semua yang dicipta
Menjelma hanya duka lara
Kini aku kehilanganmu
Tak pernah terduga tapi kau memutuskannya
Kau khianati cinta ini
Kau mungkir segala janji
Hanya dengan tiba-tiba tanpa sebarang petanda
Terlerai kasih setia atas pintamu jua
Sungguh ku tak mengerti apakah helahmu

Sebak di dadaku dengan keputusanmu
Kehilanganmu kurasakan pilu
Kini aku sendiri lagi
Menongkah nasib yang tak pasti
Kan ku bawa jiwa yang lara
Nun jauh di sana
Walaupun ke mana kulupakan segala buat selamanya

Indahnya Agama Mu Ya Allah


Carilah ketenangan.. Tinggalkan kesedihan yang ada dengan mencari titik kebahagiaan.. Hampirkan diri kepada Allah dengan solat dan zikir.. Kenikmatan akan dapat dirasai setelah menerimanya dengan redha.. Sesungguhnya kesulitan ada kemudahan.. Jika kita berdosa bertaubatlah.. Jika kita melakukan kesilapan perbetulkanlah.. Pintu taubat sentiasa terbuka dan api neraka akan terpadam dengan air mata yang menitis atas taubat yang suci.. :')

Allah Lebih Tahu


"Bila ALLAH datangkan UJIAN, Itu bukan satu BEBANAN..
Kita mesti boleh BERTAHAN, Ada HIKMAH di sebalik UJIAN..
Ada KESEMPITAN dalam KELAPANGAN..
Ada KEMUDAHAN dalam KESUSAHAN..
Bila ALLAH datangkan UJIAN, Pujuklah HATI pujuklah IMAN..
Tanpa KECEWA putus HARAPAN, Setiap KESABARAN ada GANJARAN..
Setiap PENGORBANAN ada KEBERHASILAN.."