CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, 26 September 2010

KerDiLnya Aku Di haDapanMu Ya Allah..!!!!


Kehidupan tidak pernah lekang dengan perkataan “dugaan”. Apabila datang dugaan dalam kehidupan, diri ini sering kali mengeluh,tertekan dan sehingga sampai satu tahap hilang kawalan diri. Ketahuilah kalian bahawa seandainya dugaan itu kita terima dengan hati yang redha terlalu banyak hikmah dan manfaatnya disebalik dugaan yang menimpa diri. Seringkali diri ini juga lupa akan hakikat dan hikmah dugaaan itu sendiri. Sebaliknya ketika tidak mendapatkan apa yang diingini maka manusia merasa sedih dan kecewa bahkan kadang-kala sehingga ke tahap berputus asa.

Kini aku semakin mengerti Sesungguhnya kesenangan duniawi seperti harta dan darjat bukanlah ukuran bagi kemuliaan seseorang. Ini kerana Allah SWT memberikan dunia kepada orang yang dicintai dan orang yang tidak dicintai-Nya. Akan tetapi Allah akan memberikan agama ini hanya kepada orang yang dicintai-Nya. Sehingga ukuran akan kemuliaan seseorang adalah darjat ketakwaannya. Semakin bertakwa dia, maka dia semakin mulia di sisi Allah.