CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 30 November 2010

Aku Bersyukur Kepada Mu


Ya Allah mengapa aku Kau uji dengan ujian seberat ini Ya Allah...?? Aku insan yang tiada daya untuk memikul tanggungjawab yang Kau amanahkan kepada ku ... mengapa sejak akhir-akhir ini aku terlalu merindui Mu Ya Allah.. adakah aku semakin jauh dari Mu..?? Ya Allah kiranya aku semakin jauh dari Mu.. Kau tunjukkanlah aku jalan pulang ke pangkuan Mu..hanya Engkau yang bisa memimpin ku Ya Allah.. sesungguhnya aku manusia yang penuh dengan kelalaian..

Terkadang aku bagai di tipu diri sendiri.. mengapa aku tidak bersyukur dengan apa yang telah engkau berikan pada ku Ya Allah..?? seringkali aku merasa iri hati melihat teman-teman bahgia dengan kehidupan dunia mereka..hidup dengan dilimpahi kasih sayang, harta benda, kemewahan, darjat, rupa paras dan segala yang indah mereka pamer pada ku..sehingga aku tertipu dengan mereka dan mula rasa diri ku begitu tidak sempurna.. adakalanya aku terasa begitu asing pada kalangan manusia yang cukup segalanya..aku begitu hina , begitu jijik, begitu sangat rendah diri.. buruknya aku Ya Allah..!!

Namun, tanpa aku sedari dalam kehinaan ini juga masih aku berbuat dosa.. masih lalai dengan suruhan Mu, masih Jauh dari Mu..mengapa di hati ini tidak terasa gerun akan azab neraka yang Engkau janjikan..?? mengapa ?? mengapa ?? adakah aku yakin syurga menanti ku kelak..?? Tidak..!!!!! inilah yang dinamakan Kelalaian..!!! sesungguhnya aku insan yang begitu hina di pandangan Mu Ya Allah..!!! aku begitu bangga dengan sedikit nikmat yang Engkau berikan sehingga aku terus hanyut dan hanyut dalam pelukan dosa... sampai bila aku harus bergelumang dengan dosa yang aku cipta ini Ya Allah..??? hinanya diri ini...

Kini, baru aku mengerti mengapa Engkau tidak mahu memberikan aku kesempurnaan seperti mereka yang penuh dengan belaian kasih sayang, punya darjat, punya harta melimpah, punya rupa paras yang menawan.. kini baru ku tahu, rupanya kira Engkau cukupkan kesempurnaan ku hari ini..maka aku tidak lagi mengenal Islam agama ku.. mungkin aku sudah jauh terpesong dari agama ku.. mungkin aku sudah lupa asal asul ku.. siapa aku..?? Namun, aku begitu rasa bersyukur pada Mu Ya Allah dengan apa yang telah Engkau berikan pada ku hari ini.. iaitu nikmat udara untuk aku bernafas dan menginsafi dosa-dosa yang telah aku lakukan dan kembali dekat dengan Mu Ya Allah.. aku tidak lagi mahu nikmat dunia, yang ku mahukan hanyalah kasih sayang Mu, cinta Mu, sungguh agung Engkau Ya Allah.. kiranya aku masih terlalai dengan godaan nafsu ku ini, Kau pandulah aku kejalan yang di redhai Mu Ya Allah.. hanya pada Mu aku bermohan, hanya pada Mu aku curahkan kasih sayang dan rindu hati ini.. Insyaallah akan ku pastikan kedua ibubapaku bahgia didunia dan diakhirat kerna punyai anak yang dekat pada Mu dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau kurniakan.. sesungguhnya Engkau telah sedarkan aku bahawa setiap perhitungan Mu itu benar belaka..

Ahad, 21 November 2010

Pada Mu Hamba Bersujud

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagiaan antara kami… Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani… Seringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi… Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah… Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku… Bawalah dia jauh daripada pandanganku… Luputkanlah dia dari ingatanku… Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah
ya Tuhanku yang Maha Mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Menolak bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja yang merah… Agarku sentiasa tenang… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta… 
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik untukku… Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan akhirat… Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini… Jangan Engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat… Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.